Khamis, 21 Februari 2008

Salam mesra salam muhibbah [MARI BUAT DUIT]

Assalamualaikum dan salam mesra buat para pengunjung...(hehe formal lak rasanya)
sebenarnya saya tak berapa nak pandai karang mengarang ni.
Tak pernah gak terpikir nak buat Blog sendiri,maklumlah tak de modal nak cerita..
lebih- lebih lagi sebelum ni saya online kat CC je...kene lak saya ni jenis malas
keluar rumah,kalau ade perkara yang perlu je baru nak keluar. Hehe..

Satu hari saya pun apply Streamyx utk kegunaan harian...memula tu memang rasa
jakun jugak le..hehe...mana taknya, dah boleh online 24 jam sehari..
tapi lama-kelamaan rasa bosan pun timbul, macam timbul bulan mengambang.

Nak dijadikan cerita,satu malam tu masa saya tengah kemas fail dalam PC tetiba terjumpa lak dengan
satu folder yang mana telah dihadiahkan oleh seorang sahabat agak lama dulu...folder "money generator"
saya pun baca balik (dulu dah penah bace tapi dek kerana dah lama terperap jadi lupa lak isi kandungannya)
...baca punya baca sampai la ke bab yang paling best saya rasa kat e-book tu..
menjana wang menggunakan internet...wah ini dah bagus kata hati saya..hehe..
maka dengan penuh bersemangatnya saya membukak web browser dan menaip seperti dalam e-book tu...
so mula dari hari tu la (er..malam tu la) saya jadi surfer sepenuh masa..yang saya rasa lebih best
dari nengok silver surfer...

Jadi bila fikir- fikir balik, daripada saya online 24 jam tapi cuma buang masa n wang
(streamyx n api kene bayar tuu..) ada baiknya buat duit sambil "online-ing"..hehe
bak kata orang dulu-kala "sambil menyelam sambil minum air"..."sambil menyerfing(surf) sambil buat duit"
hehe..

Oleh tu saya pun bukak la Blog sendirik sebab nak kongsi maklumat ni dengan member2 dan sanak keluarga..
sebab kalau guna air liur je cerita, gerenti susah nak paham,or lelebih lagi ade lak yang tak pecaye...
ish..ish..tak kisah la, bukan nak paksa pecaya atau tak kan? yang penting niat kita nak sama-sama
membantu warga Malaysia ni memajukan ekonomi,kalau tak banyak,sikit pun jadi laa...tu sebab yang agak khusus la..
so secara umumnya lak, saya ingin kongsikan teknik ni kepada sesapa yang berkeyakinan dan berkeinginan untuk
mencuba...berjaya atau tak berjaya tu terpulang la kepada anda..kalau nak berjaya kene la buat kerja sikit..
kalau duk malas- malas tu kirim salam la ye..hehe..no offence.

Jadi teruskan bersama saya bagi mengikuti siri berikutnya.Terpaksa berhenti sekarang sebab kene siapkan
3D model untuk presentation esok hari..so diharapkan anda setia bersama saya dan teruskan usaha
agar hidup kita menjadi lebih sempurna dan bermakna...



salam mesra dan sejahtera;
nizam_yusoff

Tiada ulasan:

 

Free Website Submission Service